Wednesday, April 4, 2012

putrajaya dah bahaya... pkmj perlu

Wanita trauma dihimpit geng bumper


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: “Saya menarik nafas kerana terselamat, namun masih fobia dan trauma,” kata wartawan wanita dari sebuah akhbar tempatan dikenali sebagai Nor, 30-an, yang nyaris menjadi mangsa samseng jalanan dipercayai ‘geng bumper’ dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sini ke rumahnya di Kajang.

Menurutnya, dalam kejadian Isnin lalu jam 6.30 petang itu, kereta dipandunya dihimpit Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dari persimpangan lampu isyarat berhampiran pejabat cawangan akhbar berkenaan di Presint 15 sehingga ke persimpangan Sungai Ramal menghala Sungai Chua, Kajang, Selangor.


“Insiden itu bermula selepas saya membunyikan hon kepada kereta berkenaan kerana memotong secara melulu dan berhenti secara mengejut di hadapan. Kereta itu meneruskan perjalanan sebelum mengacah untuk memotong dan menghimpit secara dekat.

“Pada masa sama, pemandunya membunyikan hon, menyalakan lampu dan memberi isyarat supaya saya memberhentikan kereta, tetapi saya memecut,” katanya menceritakan detik cemas 15 minit dilaluinya itu, semalam. Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut, dia menghubungi kenalan yang juga anggota polis untuk memaklumkan kejadian itu dan melaporkan nombor pendaftaran kereta dinaiki tiga lelaki terbabit.


“Pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran itu palsu dan bukan miliki Toyota Vios berkenaan. Saya dinasihatkan meneruskan perjalanan, sama ada ke balai polis berhampiran atau kawasan orang ramai.


“Sebaik tiba di persimpangan Sungai Ramal, kereta terbabit mengubah laluan. Saya bernasib baik kerana tidak lagi diekori,” katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan polis sudah menerima laporan beberapa kes samseng jalanan seumpama itu dipercayai angkara ‘geng bumper’ yang menjadikan pemandu wanita bersendirian sebagai mangsa.


Monday, April 2, 2012

hope ini akan berjaya... 03-60917240 SMK Batu 16 Rawang = Nur Aqilah bt Osman Deli Sali + s. rani


PSBS jadi payung 8,000 ahli


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PASIR GUDANG: Bilangan penduduk Sabah yang ramai di Johor pastinya memerlukan satu persatuan untuk mengendalikan serta menyatukan mereka.

Inilah fungsi Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) yang menjadi ‘payung’ kepada lebih 8,000 ahlinya di Pasir Gudang.


Presidennya, Faizal Sisar berkata, PSBS ditubuhkan sejak 31 Disember 2006 dan diasaskan arwah ayahnya, Sisar Rashid yang juga Timbalan Presiden PSBS pusat di Sabah ketika itu.

“Selepas mengambil kira bilangan penduduk Sabah yang ramai di sini, perlunya satu persatuan untuk mengendalikan mereka terutama dalam aspek kebajikan. Bukan semua yang berhijrah ke sini hidup senang. Berdasarkan maklum balas, sebahagian mereka mempunyai masalah. Misalnya kebanyakan mereka berasal dari kawasan pedalaman di Sabah dan sudah berkahwin di sana tanpa mendaftarkannya.


“Ini menyebabkan apabila mereka berpindah ke sini dan mempunyai anak, anak mereka sukar mendapatkan dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan kerana ketiadaan sijil nikah ibu bapa. Rentetan itu, ramai kanak-kanak di sini tercicir dalam pelajaran,” katanya.


Menurut Faizal, pihaknya mengambil inisiatif menubuhkan kelas pendidikan di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sejak awal tahun ini khusus untuk kanak-kanak yang berumur tujuh hingga sembilan tahun.

Walaupun mereka tidak dapat mengikuti kelas di sekolah biasa, di sini mereka belajar membaca, mengira dan menulis bagi memastikan tidak buta huruf apabila dewasa kelak.


“Setakat ini 14 kanak-kanak tercicir pendidikan mengikuti kelas berkenaan dan jumlah ini semakin bertambah. Selain itu, masyarakat di sini juga berdepan masalah penipuan dan tidak mendapat bayaran gaji walaupun sudah selesai melakukan kerja.

“Ia biasanya membabitkan pekerja kontrak. Februari lalu, lebih 100 orang tidak mendapat gaji apabila majikan melarikan diri sebaik saja kerja selesai. Perkara ini sering dihadapi masyarakat Sabah di sini dan biasanya PSBS membawa isu ini ke mahkamah bagi menuntut keadilan. Malangnya sebahagian besar daripada mereka tidak membuat perjanjian hitam putih dengan majikan menyebabkan mereka tidak mendapat gaji itu,” katanya.



http://www.mmail.com.my/story/father-upset-public-apathy