Friday, January 28, 2011

patut tumbuk SPINner punca tak langsung...

Bapa pelajar dibunuh lepas geram
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
2011/01/29

 ANGGOTA polis cuba mengawal   Abdul Rahim (kanan)   daripada  memukul  Abang Ibrahim yang dituduh membunuh anaknya ketika  tertuduh dibawa keluar dari  Mahkamah Majistret Kota Samarahan, semalam.
ANGGOTA polis cuba mengawal Abdul Rahim (kanan) daripada memukul Abang Ibrahim yang dituduh membunuh anaknya ketika tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Samarahan, semalam.
Ahli keluarga mangsa tidak dapat kawal perasaan cuba tumbuk tertuduh

KOTA SAMARAHAN: Suasana di pekarangan Pejabat Daerah Kota Samarahan di sini kecoh seketika semalam, apabila bapa pelajar berusia 15 tahun yang dibunuh kejam dan ditanam dalam kejadian di Kampung Sadong Jaya, Asajaya baru-baru ini, tidak dapat mengawal perasaan.
Dia meluru ke arah tertuduh, sebelum cuba menghayunkan tangannya ke arah lelaki itu. Bapa mangsa yang pada mulanya cuba mengawal diri ketika tertuduh di bawa ke mahkamah pada kira-kira jam 9.30 pagi tidak dapat menahan sebak dan cuba menumbuk tertuduh dengan tangannya sebaik tertuduh dibawa keluar pada kira-kira jam 10.15 pagi, selepas kesnya disebut di Mahkamah Majistret di bangunan berkenaan.
Namun, tiga anggota polis yang mengawal tertuduh, berjaya mengawal keadaan, sekali gus mengelak tertuduh daripada dipukul, sebelum membawa tertuduh menaiki sebuah van menuju ke lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Samarahan.

Bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, yang hadir bersama kira-kira 20 ahli keluarga mangsa turut memarahi tertuduh, termasuk menuduh perbuatannya itu sebagai amat kejam dan memalukan.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu, kelihatan hanya tertunduk. Bapa mangsa dan beberapa ahli keluarganya juga tidak dapat menahan sebak, sehingga ada yang mengeluarkan air mata.

Tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 19, didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim juga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera antara jam 1 tengah hari 15 Januari hingga kira-kira jam 7.30 pagi, 17 Januari lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Asajaya dalam Daerah Kota Samarahan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati mandatori oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yin Tinn.

Tiada pengakuan dicatatkan dengan Pegawai Daerah dalam Mahkamah Majistret, Mohd Annie Wahab, mengarahkan sebutan semula kes itu pada satu tarikh yang belum ditetapkan dalam tempoh sebulan.

Dalam kejadian pada 17 Januari lalu, mayat mangsa ditemui ditanam dalam keadaan terduduk dengan kepala berlumuran darah, dalam lubang seluas kira-kira 1.2 meter dan sedalam lebih 0.5 meter di belakang sebuah rumah, di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, Sadong Jaya.

Mangsa dipercayai dipukul di kepala oleh tertuduh dengan kayu, dan hasil bedah siasat mengesahkan kematiannya berpunca daripada kehilangan darah yang banyak akibat kecederaan parah di kepala.

Pertuduhan: KES BUNUH PELAJAR

Abang Ibrahim Abang Ahmad, 19, didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim yang juga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera antara jam
1 tengah hari 15 Januari hingga kira-kira jam 7.30 pagi, 17 Januari lalu.

Thursday, January 27, 2011

drama swasta & movie couple puncanya jua...

Perasaan takut, malu punca wanita buang anak


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Perasaan takut, malu dan panik menjadi punca utama remaja dan wanita yang hamil luar nikah tergamak membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan.

Pendaftar Besar Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan di Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Fatimah Zuraidah Salleh berkata, berdasarkan kajian dilakukan remaja dan wanita terlanjur dan hamil tidak mampu mengadukan hal berkenaan kepada sesiapa, seperti keluarga sebelum bertindak sendiri.


“Keluarga dan sahabat sebenarnya memainkan peranan penting bagi menangani isu pembuangan bayi yang makin menular dalam masyarakat ketika ini.

“Ini kerana, wanita yang mengandung luar nikah tidak dapat berfikir dengan betul disebabkan perasaan takut dan sebagainya, justeru sokongan keluarga amatlah penting untuk menerima perkara ini sebelum memberikan nasihat,” katanya.


Katanya, faktor lain yang turut dikenal pasti adalah khuatir dikenakan hukuman jika didapati mengandung luar nikah selain kurang didikan agama dan tidak dapat membezakan perkara buruk dan baik.


“Peranan institusi keluarga menjadi asas utama membentuk sebuah masyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian,” katanya.

Wednesday, January 26, 2011

beng hock jer nyawanya bernilai?

Foong ketuai Suruhanjaya Siasatan kes Beng Hock
Oleh Magendran Rajagopal

2011/01/27

PM umum pelantikan selepas diperkenan Seri Paduka

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong, dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian bekas pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock serta perjalanan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Empat ahli lain ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan; Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohamed Hatta Shahrom. Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saripuddin Kasim pula dilantik Setiausaha, manakala Timbalan Ketua Bahagian Guaman I, Amarjeet Singh; Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Timbalan Pendakwa Raya, Kwan Li Sa turut dilantik selaku Pegawai Pengendali suruhanjaya berkenaan. Pelantikan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sudah berkenan dengan cadangan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950," katanya dalam kenyataan.

Kerajaan menetapkan terma rujukan suruhanjaya terbabit untuk menyiasat sama ada wujud apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan Beng Hock dalam perjalanan penyiasatan laporan Shah Alam nombor 0052/2009 oleh SPRM berhubung Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan mengesyorkan tindakan yang sesuai, jika perlu.

Suruhanjaya itu juga bertanggungjawab menyiasat kematian Beng Hock dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.
Najib berkata, suruhanjaya dikehendaki menyelesaikan siasatan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporan harus diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Tuesday, January 25, 2011

lebih mulia jika negara bergolak?!

Gejala sosial kronik
Oleh Faizul Azlan Razak

2011/01/26

623 anak tak sah taraf di Terengganu tahun lalu

KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September.
Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan Disember atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan Tahun Baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, berkata jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN Terengganu membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan tempatan dan bukan warga negara.

Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23).

“Melihatkan perangkaan ini, ia jelas sangat menggerunkan kerana menandakan gejala sosial semakin kronik. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya.

“Senario ini juga secara tidak langsung membuatkan JPN menjadi beban kepada masalah sosial dan boleh menyebabkan berlaku masalah lain di kalangan masyarakat terutama membabitkan masa depan bayi terbabit.
“Jadi, kita meminta kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bersama membanteras pergaulan bebas bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan melahirkan anak luar nikah,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Seramai lima orang menerima sijil warga negara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.

Ghazali berkata, walaupun anak luar nikah mendapat keistimewaan sama rata dari segi kemudahan kesihatan dan pendidikan, namun bayi berkenaan berdepan risiko masa depan tidak menentu.

Tuesday, January 18, 2011

BN = Berasuah Nyaman...

Sindiket jual bayi dapat bantuan orang dalam JPN
Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my
2011/01/19

ANGGOTA polis menyelamatkan seorang bayi  dalam proses untuk dijual dalam serbuan di klinik swasta di Selayang, kelmarin.
ANGGOTA polis menyelamatkan seorang bayi dalam proses untuk dijual dalam serbuan di klinik swasta di Selayang, kelmarin.
Habuan lumayan dengan menyediakan sijil lahir, cop rasmi

KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan bayi yang ditumpaskan di sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu dipercayai turut dibantu kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menguruskan sijil kelahiran bagi 22 bayi yang berjaya diselamatkan polis dalam operasi khas itu.
Difahamkan, pegawai JPN menerima upah separuh daripada harga jualan setiap bayi iaitu RM15,000 hingga RM20,000 oleh sindiket yang didalangi dua wanita tempatan sejak akhir tahun lalu.
Sumber memberitahu Berita Harian, ‘orang dalam’ JPN memperoleh pendapatan lumayan melalui kegiatan haram itu dengan hanya menyediakan sijil lahir berserta cop rasmi agensi berkenaan.

“Pembabitan `orang dalam’ dikesan ekoran penemuan dokumen sijil kelahiran bersama semua bayi yang terbabit dalam urus niaga haram itu. Pemeriksaan mendapati semua sijil lahir itu mempunyai cop rasmi JPN yang hanya dikeluarkan JPN,” katanya.

Dalam operasi itu, Unit Anti-Pemerdagangan Orang (ATIP) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan lapan anggota sindiket itu, termasuk empat wanita warga asing berusia 20 hingga 50 tahun dalam serbuan di sebuah klinik swasta di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya.

Turut diselamatkan dalam operasi itu tiga bayi berusia lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk dijual.
Di samping itu, polis turut menemui beberapa dokumen berkaitan pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000.

“JPN terkejut dengan tindakan pegawainya yang sanggup bersekongkol dengan sindiket itu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan sampingan,” katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Abdul Rahman, berkata siasatan dalaman sedang dilakukan ke atas semua pegawai dan kakitangannya berikutan pendedahan itu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam kegiatan haram ini. JPN akan turut memperincikan semula prosedur pendaftaran kelahiran, termasuk mencatatkan jumlah sijil dikeluarkan bagi mengelak ia disalah guna untuk tujuan jenayah.

“Kita juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti klinik disyaki bersubahat,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sijil kelahiran ‘LN01’ dan `LN05’ juga boleh diperoleh di hospital kerajaan dan klinik swasta.

“Beberapa klinik swasta sekitar ibu negara juga disenaraihitamkan sebelum ini selepas dikenal pasti terbabit dalam kegiatan meragukan. Kita sedang siasat klinik terbabit bagi mengesan kepada siapa, ke mana dan untuk apa sijil kelahiran dikeluarkan,” katanya.

Alwi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyelewengan sijil kelahiran menghubunginya terus di talian 03-88807001.

orang malaysia penakut @ bijak bila tak baling kasut kat SPINner?

Seludup ke negara jiran

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Satu sindiket menjual bayi yang memiliki rangkaian di Lembah Klang dikesan menyeludup bayi baru dilahirkan di negara ini ke negara jiran sejak setahun lalu.

Setakat ini, hasil kerja keras Jabatan Siasatan Jenayah Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman melakukan siasatan dan serbuan, seramai 22 bayi berjaya diselamatkan tetapi dipercayai beberapa bayi lain sudah diseludup keluar sebelum itu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, sejak operasi dijalankan tahun lalu, seramai 30 suspek berusia 20 hingga 50-an ditahan termasuk sepasang suami isteri bergelar doktor yang ditangkap November lalu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihaknya percaya sindiket penjualan bayi itu bekerjasama dengan sindiket sama di negara jiran dalam proses membawa bayi tempatan bagi diperdagangkan ke pasaran antarabangsa.


“Selain itu, sindiket ini juga berkemungkinan bersekongkol dengan agensi tertentu dalam proses penjualan bayi itu.


“Terbaru, kami berjaya menyelamatkan tiga bayi iaitu dua bayi perempuan dan bayi lelaki yang baru beberapa hari dilahirkan, dua ibu yang sarat mengandung dan seorang ibu kepada bayi yang diselamatkan itu dalam tiga serbuan berasingan di sebuah klinik swasta berhampiran Pasar Borong Selayang, hadapan sebuah pasar raya besar di Ampang dan sebuah rumah teres di Subang Jaya pada Jumaat dan Sabtu lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, semalam.

Katanya, siasatan awal, harga bayi yang dijual itu adalah antara RM15,000 hingga RM20,000 seorang bergantung kepada kesihatan dan rupa paras bayi itu.


Bakri berkata, dalam serbuan sama, pihaknya berjaya menahan lapan wanita iaitu empat warga tempatan dan empat warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan. Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang berperanan mengawal semua ibu yang sarat mengandung itu.

Saturday, January 15, 2011

D7 (airasia x) yang bunuh MH (malaysia airlines)? tak mustahil... la ni macam2 leh berlaku! klik imej 4 more.





Stewardess found dead in Amsterdam
2011/01/16
By Fadhal A. Ghani and Kalbana Perimbanayagam
Share |



KUALA LUMPUR: Mystery surrounds the death of a Malaysia Airlines stewardess who was found dead at a hotel car park in Amsterdam, the Netherlands, on Friday morning.

Chin Swee Len, 35, was discovered at 9am by guests of the Radisson Hotel who alerted the police. A source from the airline said Chin was believed to have been assaulted and then thrown out of her hotel room window.

"Her fourth floor room was broken into and ransacked," said the source.


Chin failed to attend the briefing at the hotel lobby, which is usually held before the crew leaves for the airport to board their flight.

"A crew member went up to the room to check but could not find her. The room was ransacked and the window was open."

Chin, who is married and has a child, was staying in Taman Oakland, Seremban with her husband. Chin, who was a senior flight attendant, and had been working with the airline since 1997.


Amsterdam police said they were investigating to see whether there was any foul play.

The plane which Chin was supposed to have boarded had to leave without her and landed at Kuala Lumpur International Airport at 1pm yesterday. Netherlands' police had requested assistance from Interpol and the Malaysian police to help in their investigation. A Wisma Putra official confirmed they had been informed.

MAS has flown Chin's husband and immediate family members to Amsterdam to bring back the body. They left late last night.


Its Director of Operations, Captain Azharuddin Osman, said their main concern was to support the family during this difficult time and were cooperating with the authorities.

sebab society malukan si miskin lantas mereka ada yang sanggup berjenayah demi kekayaan dunia yang sementara...

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

PENGUATKUASA BN MANA BUAT KERJA...

Sindiket gores ajak mangsa tuntut wang bertumbuk


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Satu sindiket gores dan menang berpejabat di Taman Danau Desa, di sini, bertindak samseng dan mencabar mangsa bertumbuk dan membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang jika ingin menuntut wang mereka.

Sepanjang tahun lalu, sindiket terbabit memperdayakan 49 mangsa membabitkan kerugian lebih RM317,000, namun jumlah itu yang dilaporkan kepada Biro Pengaduan Awam MCA.


Ketuanya, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya percaya masih ramai menjadi mangsa sindiket terbabit, namun tidak melaporkan kejadian itu kepada pihaknya dan polis.

Terbaru, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Mok, 26, mendakwa ditahan seorang lelaki berusia 20-an ketika berjalan di Plaza Sungei Wang, di sini, minggu lalu sebelum menyuruhnya membuka sekeping kertas.


“Lelaki itu memaklumkan saya menerima hadiah tilam jed dan perlu ke pejabatnya di Taman Desa. Lelaki itu membawa saya menaiki teksi dan sebaik tiba di pejabat terbabit, saya dipaksa membayar RM3,000 sebagai wang pendahuluan bagi pembelian tilam itu,” katanya.


Menurutnya, sebaik menyerahkan wang, beliau diberikan tilam jed itu sebagai hadiah sebelum diarah pulang.

Menyedari ditipu, Mok yang bekerja sebagai eksekutif IT meminta lelaki itu memulangkan wangnya, namun dia dikepung 10 lelaki dan dua wanita yang mengajak bertumbuk sambil mengugut supaya tidak meminta kembali wang pendahuluan berkenaan.


“Saya menghubungi abang saya memaklumkan kejadian itu. Seorang lelaki kemudian membawa saya ke sebuah stesen minyak berhampiran sebelum meninggalkan saya di situ.

“Abang saya yang tiba kemudian pergi semula ke pejabat terbabit dan meminta penjelasan, tetapi lelaki itu mengajak abang saya bergasak,” katanya.

Friday, January 14, 2011

why (happen) n how (tackle)?

Inspector, friend get 2 years' jail, fine for graft

2011/01/13
By Jennifer Gomez
news@nst.com.my
Share |






Vijayan Veeriah was found  guilty of accepting RM3,000  from a shop tenant

Vijayan Veeriah was found guilty of accepting RM3,000 from a shop tenant

KUALA LUMPUR: An inspector with the Brickfields police station and his friend were yesterday sentenced to two years' jail and fined RM30,000 after the Sessions Court found them guilty on two charges of corruption.

Vijayan Veeriah, 31, was initially charged with three counts of corruption but his defence was called only on two charges.

He was alleged to have:


- agreed to accept RM3,000 from Ganeswaran Suppiah, a tenant of a shoplot, as an inducement not to take action against him for employing two Indian nationals who did not have valid work permits on Aug 20, 2004; and

- abetted his friend, Anthony Michael Joseph, to accept the RM3,000 bribe from Ganeswaran on Vijayan's behalf.

Anthony, 43, was also found guilty on charges of abetting Vijayan and accepting the RM3,000 from Ganeswaran.


Judge Abu Bakar Katar sentenced Vijayan and Anthony to two years' jail and RM15,000 fine on each count, the jail terms to run concurrently. He also ordered them to undergo another eight months' jail if they did not pay the fines.

In mitigation, counsel V. Aravindhakshan told the court that Vijayan had three younger siblings and a sickly mother to support.

"His career is destroyed with this guilty verdict. Please tamper justice with mercy," he said.


As for Anthony, Aravindhakshan said he had a wife and two sons aged 16 and 12 to support.

Deputy public prosecutor Fadzillah Mohd Osman pressed for a heavy sentence.

Aravindhakshan then applied for a stay of execution pending appeal.

Abu Bakar allowed the stay and did not impose additional bail. He told Aravindhakshan to file the appeal by this morning.

bila kondem kerajaan tak buat kerja, marah lak tapi...

Korban isteri, anak bayar hutang along


2011/01/14

JOHOR BAHRU: Ada peminjam yang berhutang melebihi RM100,000 dengan along di negeri ini terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsaikan hutang.

Ia adalah sebahagian daripada 100 laporan ancaman along terhadap peminjam yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta yang diterima oleh Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sepanjang tahun lalu.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata selain merampas isteri atau anak perempuan, beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan berdepan risiko kehilangan perniagaan mereka selepas dijadikan cagaran kepada along.
“Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman yang sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,” katanya semalam.

Tay juga mendedahkan peminjam yang mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa meminjam daripada ceti haram lain bagi melunaskan hutang pertama sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.

“Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. |Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,” katanya.

Beliau juga mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan orang along.
Lelaki berusia 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anak berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan, demi menyelamatkan diri daripada ancaman along.

kes rasuah selamatkan pengedar dari hukuman gantung?

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=556622

mangsa pula dipersalahkan & bukan shahrizat + the geng...

Wanita perlu peka keadaan sekeliling


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Golongan wanita perlu sentiasa peka dengan keselamatan diri dengan menjadikan alatan seperti payung, pengunci stereng kereta dan wisel sebagai senjata perlindungan apabila menjadi mangsa serangan penjenayah apabila bersendirian.

Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata tindakan pantas untuk mempertahankan diri dengan menggunakan alatan yang sedia ada dapat mengurangkan risiko diculik, sekali gus menjadi mangsa rogol.


“Segelintir wanita tidak mempunyai seni pertahanan diri dan lebih memudahkan si penjenayah menyerang mereka.

“Sebagai wanita, adalah dinasihatkan sentiasa peka, waspada dan curiga dengan keadaan sekeliling dan memilih waktu sesuai untuk keluar atau pulang ke rumah untuk kebaikan sendiri,” katanya, semalam.


Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai wanita berusia 27 tahun yang menjadi mangsa rompak, rogol dan liwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki, kira-kira jam 1 pagi di perkarangan rumah sewanya di Pandan Indah.


Mangsa yang dilaporkan trauma juga bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat diserang kumpulan yang dipercayai warga Indonesia ketika baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor dan dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) berkata setiap golongan wanita menghadapi risiko berdepan kejadian terbabit dan bantuan serta kerjasama antara pihak polis dengan orang ramai dapat menangani jenayah berkenaan.

Monday, January 10, 2011

salah siapa? awat tak mau berhenti bila diarah berbuat demikian?

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=555518

baru terhegeh2 nak buat?!

Polis PJ edar kad sektor kepada orang ramai


2011/01/10

PETALING JAYA: Polis Petaling Jaya hari ini mengedarkan kad sektor konstabel polis kepada orang ramai bagi memudahkan kerja-kerja kepolisan dilaksanakan di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata setiap keping kad sektor itu akan mempamerkan nama dan nombor telefon konstabel polis yang ditugaskan menjaga keselamatan di sesebuah kawasan di daerah berkenaan.
"Kad sektor ini adalah pendekatan dan saranan yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor (Datuk Tun Hisan Tun Hamzah) baru-baru ini dan ia mempunyai fungsi yang sama seperti kad nama, yang mana ia akan diberikan kepada penduduk.
"Ia dipanggil kad sektor kerana setiap daerah Petaling Jaya ini telahpun dibahagikan kepada 174 kawasan kecil atau sektor yang mana dikawal oleh seorang atau dua anggota polis yang berpangkat konstabel secara bergilir," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kad itu di sini hari ini.

Beliau berkata tujuan utama kad itu adalah untuk merapatkan hubungan anggota polis bawahan dengan penduduk daerah itu sekaligus memudahkan kerja-kerja polis dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

"Buat permulaan kita sasarkan kepada kawasan-kawasan kediaman. Jika sebelum ini penduduk hanya mengenali Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Balai tetapi kali ini kita mahu mereka kenal dengan anggota bawahan dan siapa yang menjaga atau mengawal kawasan kediaman mereka.

"Melalui kad ini, setiap penduduk boleh menghubungi anggota yang bertugas dan mereka boleh membuat laporan atau sebarang aduan berhubung kes jenayah yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka," katanya.
Arjunaidi berkata, menerusi pendekatan itu beliau berharap para penduduk akan turut serta berganding bahu membanteras jenayah bersama polis dalam mengurangkan kadar jenayah sepanjang tahun ini. - BERNAMA

Saturday, January 8, 2011

kena rogol @ ditebuk tupai jika era la ni masih tak nikah para remaja nya sama gak dengan si tua memperkosa @ berzina...

Celaka bertubi

Oleh ALIAS ABD RANI
lias@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUCHING: Harapan seorang remaja untuk menumpang kasih di rumah datuknya selepas ibu bapanya bercerai berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia bukan saja dijadikan ‘santapan’ lelaki bernafsu haiwan, malah bapa saudaranya turut ‘tumpang sekaki’ dengan merogolnya sehingga hamil.

Lebih mengejutkan, dalam kejadian di sebuah rumah di sini, datuk mangsa berusia 57 tahun dan bapa saudaranya turut dipercayai meratah dua lagi adik- beradik mangsa, sebelum kedua-dua suspek itu ditahan kelmarin.


Difahamkan, tiga remaja berkenaan terpaksa tinggal di rumah datuk selepas ibu bapa mereka bercerai beberapa tahun lalu dan sering dijadikan hamba seks dua lelaki jahanam itu.

Tembelang kedua-dua suspek berperangai haiwan itu terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan pada tubuh anaknya berusia 16 tahun itu lalu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.


Wanita itu terkejut apabila pemeriksaan mendapati remaja berkenaan hamil sebelum membuat laporan mengenai kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, laporan diterima daripada keluarga mangsa mengatakan remaja itu dirogol sehingga hamil.

Katanya, susulan laporan itu polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek dan bapa saudaranya berusia 34 tahun kira-kira jam 6 petang pada hari laporan dibuat.


“Penahanan mereka dibuat berdasarkan laporan diterima mangsa dan polis masih menjalankan siasatan untuk membolehkan kedua-dua suspek didakwa atas kesalahan dilakukan.

“Setakat ini, polis hanya menerima satu laporan iaitu daripada mangsa, manakala laporan berhubung dua lagi adik beradiknya yang turut menjadi mangsa belum diterima,” katanya.


“Polis akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.” katanya.


Difahamkan, mangsa kini ditempatkan di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sebagai perlindungan sementara.