Tuesday, January 18, 2011

orang malaysia penakut @ bijak bila tak baling kasut kat SPINner?

Seludup ke negara jiran

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Satu sindiket menjual bayi yang memiliki rangkaian di Lembah Klang dikesan menyeludup bayi baru dilahirkan di negara ini ke negara jiran sejak setahun lalu.

Setakat ini, hasil kerja keras Jabatan Siasatan Jenayah Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman melakukan siasatan dan serbuan, seramai 22 bayi berjaya diselamatkan tetapi dipercayai beberapa bayi lain sudah diseludup keluar sebelum itu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, sejak operasi dijalankan tahun lalu, seramai 30 suspek berusia 20 hingga 50-an ditahan termasuk sepasang suami isteri bergelar doktor yang ditangkap November lalu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihaknya percaya sindiket penjualan bayi itu bekerjasama dengan sindiket sama di negara jiran dalam proses membawa bayi tempatan bagi diperdagangkan ke pasaran antarabangsa.


“Selain itu, sindiket ini juga berkemungkinan bersekongkol dengan agensi tertentu dalam proses penjualan bayi itu.


“Terbaru, kami berjaya menyelamatkan tiga bayi iaitu dua bayi perempuan dan bayi lelaki yang baru beberapa hari dilahirkan, dua ibu yang sarat mengandung dan seorang ibu kepada bayi yang diselamatkan itu dalam tiga serbuan berasingan di sebuah klinik swasta berhampiran Pasar Borong Selayang, hadapan sebuah pasar raya besar di Ampang dan sebuah rumah teres di Subang Jaya pada Jumaat dan Sabtu lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, semalam.

Katanya, siasatan awal, harga bayi yang dijual itu adalah antara RM15,000 hingga RM20,000 seorang bergantung kepada kesihatan dan rupa paras bayi itu.


Bakri berkata, dalam serbuan sama, pihaknya berjaya menahan lapan wanita iaitu empat warga tempatan dan empat warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan. Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang berperanan mengawal semua ibu yang sarat mengandung itu.

No comments:

Post a Comment