Monday, November 29, 2010

SAMAN KERAJAAN SEBAB BIARKAN PESAKIT MENTAL JADI GUARD DI HOSPITAL...

Pengawal keselamatan hospital tumbuk perut wanita hamil


2010/11/30

MUAR: Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dekat sini, ditahan polis selepas seorang wanita mendakwa suspek menumbuknya dalam lif hospital ketika dibawa menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rawatan sakit bersalin, awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 26 tahun itu dibawa suaminya ke hospital berkenaan sebelum pengawal keselamatan terbabit membantu menolak kerusi roda untuk membawa mangsa ke wad bersalin, sementara menunggu suami mangsa meletakkan kereta di tempat yang dikhaskan untuk pelawat.
Click Here
Bagaimanapun ketika menolak kerusi roda itu, suspek dikatakan menumbuk perut mangsa berulang kali sebelum mangsa dihantar ke wad bersalin.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa yang berusia 33 tahun mengenai dakwaan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an itu bertindak menumbuk perut mangsa berulang kali ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke wad bersalin ketika suami mangsa tiada.

“Suami mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu membuat laporan polis dan susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, suspek akan dirujuk ke Wad Psikiatri HPSF kerana dipercayai menghadapi masalah mental.

gara2 society anti poligami @ islam...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Bapa rogol anak kena 75 tahun, 30 sebatan
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
2010/11/30

Tukang rumah hadapi tiga pertuduhan jalani hukuman serentak

MUAR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 75 tahun dengan 30 sebatan terhadap seorang tukang rumah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 17 tahun dalam tiga kejadian berasingan di sebuah rumah di Lenga dan Pagoh antara 2007 dan tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 48 tahun dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadapnya bermula daripada tarikh ditahan pada 21 Januari lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak yang menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 25 tahun dengan 30 sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didapati bersalah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 17 tahun, di sebuah rumah di kampung berhampiran Lenga, kira-kira jam 8 pagi pada pertengahan 2007, manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah rumah di Pagoh, kira-kira jam 8 pagi Ogos 2009.

Pertuduhan ketiga membabitkan kesalahan berlaku di rumah sama di Pagoh, kira-kira jam 2 pagi Oktober 2009.

Ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.
Kamarudin ketika menjatuhkan hukuman berkenaan berkata, selepas mendengar keterangan saksi dan bukti, pihak mahkamah mendapati bahawa pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh dan dia didapati bersalah kerana merogol anak kandungnya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zairani Tugiran, manakala tertuduh diwakili Salmi Hamdan.

PERTUDUHAN

  • Pertama: merogol mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah di kampung berhampiran Lenga, kira-kira jam 8 pagi pertengahan 2007

  • Kedua: didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah rumah di Pagoh, kira-kira jam 8 pagi Ogos 2009.

  • Ketiga: merogol mangsa di rumah sama di Pagoh, kira-kira jam 2 pagi Oktober 2009.

  • Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan.


  • http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm

    Thursday, November 25, 2010

    kg melayu subang & Balai Polis Kampung Baru Subang...

    Diperkosa perompak

    Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

    KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

    Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

    Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.


    “Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.


    “Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

    Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

    “Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

    “Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

    Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

    Wednesday, November 24, 2010

    bukan lawa pong iblis betina nih.... patutlah sanggop dirakamkan.

    Cut Tari yakin bebas tuduhan


    2010/11/25

    Cut Tari
    Cut Tari
    Pengacara, pelakon sedia kembali ke dunia hiburan

    JAKARTA: Pengacara dan pelakon drama bersiri televisyen Cut Tari, yakin akan dibebaskan daripada hukuman membabitkan kes video lucah bersama vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham.

    Peguamnya, Hotman Paris Hutapea menegaskan setakat ini tiada peruntukan yang dapat mendakwa pelakon itu, sebaliknya Cut Tari kini bersiap sedia untuk kembali semula ke dunia hiburan selepas laporan menyatakan kerjayanya semakin tenggelam berikutan skandal itu.
    “Tiada pendakwaan dikenakan ke atas Cut Tari kerana Ariel sendiri didakwa atas tuduhan membantu rakannya menyebarkan video itu di Bandung dan bukan sebagai pembuat video,” katanya.
    Hutapea berkata, Cut Tari juga kini tidak takut untuk muncul di khalayak dan sudah bersedia kembali aktif dalam kerjayanya.

    “Bagaimanapun buat masa ini dia lebih suka tinggal di rumah menguruskan rumah tangga bersama suaminya, Yusuf dan anak mereka, Sydney.

    Sementara itu, seorang lagi peguam Cut Tari, Ida Ayu Trisnamurti berkata aktres itu sudah menerima tawaran untuk berlakon dalam filem dan menjadi pengacara sebuah rancangan yang belum dinamakan.

    “Setakat yang saya tahu, beberapa pihak sudah memberi tawaran kepadanya untuk berlakon dalam filem iklan, cuma masanya belum ditetapkan lagi,” katanya. – Agensi

    Saturday, November 13, 2010

    n.ajis pulak suspek hasut klate kluar dari MY gara2 dinar/dirham...

    Laporan polis terhadap dua ADUN biadab


    2010/11/14
    KUALA LUMPUR: Tindakan dua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap UMNO ketika sidang DUN, Selasa lalu, dianggap biadab kerana tidak menghormati persidangan itu selain turut menyentuh sensitiviti kaum lain.

    Sehubungan itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini semalam melalui Setiausaha Khas Kebangsaannya, Zainol Abidin Ahmad yang ditemani Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay.
    Zainol Abidin berkata, laporan polis itu dibuat terhadap kedua-dua ADUN DAP iaitu ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang menggelar Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai monyet yang diikat berikutan satu demonstrasi yang diadakan pada 2 November lalu.
    Penggunaan perkataan itu satu penghinaan amat serius dan boleh mencetuskan perkauman kerana UMNO mewakili kaum Melayu. Penghinaan itu tidak boleh diterima oleh mana-mana kaum sekalipun, katanya.

    pkmj?

    Teen stabbed in fight with robbers

    2010/11/12
    By Elizabeth Zachariahand Joey Catanzaro
    news@nst.com.my
    Share |



    KUALA LUMPUR: A 19-year-old woman is fighting for her life after being brutally stabbed while valiantly trying to fight off robbers armed with chains and a knife on Thursday.

    Factory supervisor Toh Ai Ling had just finished lunch and was walking down a secluded lane off Jalan Klang Lama with a friend when two men armed with heavy chains and a knife approached the pair.

    One of the men reached for Ai Ling's bag, which contained RM50, while the other began attacking her with a chain when she refused to hand it over.


    Ai Ling tried in vain to fight off her attackers with her umbrella. Pulling out a knife, one of the men stabbed her four times in the back before grabbing the bag and fleeing the scene with his accomplice.

    A passing motorist rushed the young woman to the University Malaya Medical Centre, where she remains in the intensive care unit in critical condition.

    Lying prone on her hospital bed, surrounded by tubes and machines that are keeping her alive, the victim was unable to speak to the New Straits Times.


    "She is in a critical condition. She is still on a respirator," a spokesman for the hospital said.

    Ai Ling's father, who wanted to be known simply as Toh, said yesterday the family was devastated by the brutal attack.

    He said his eldest daughter was an active and vivacious young woman who had bravely fought back.


    "She is a good daughter. I still can't believe this has happened to her."

    Toh said the attack caused Ai Ling to lose her left kidney, which doctors removed on Thursday.

    Brickfields police chief Assistant Commissioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid said investigations into the attack were ongoing.

    Members of the public who witnessed the incident are urged to contact the nearest police station.



    Read more: Teen stabbed in fight with robbers http://www.nst.com.my/nst/articles/9burg/Article#ixzz15CfA69nu