Monday, November 29, 2010

gara2 society anti poligami @ islam...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Bapa rogol anak kena 75 tahun, 30 sebatan
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
2010/11/30

Tukang rumah hadapi tiga pertuduhan jalani hukuman serentak

MUAR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 75 tahun dengan 30 sebatan terhadap seorang tukang rumah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 17 tahun dalam tiga kejadian berasingan di sebuah rumah di Lenga dan Pagoh antara 2007 dan tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 48 tahun dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadapnya bermula daripada tarikh ditahan pada 21 Januari lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak yang menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 25 tahun dengan 30 sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didapati bersalah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 17 tahun, di sebuah rumah di kampung berhampiran Lenga, kira-kira jam 8 pagi pada pertengahan 2007, manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah rumah di Pagoh, kira-kira jam 8 pagi Ogos 2009.

Pertuduhan ketiga membabitkan kesalahan berlaku di rumah sama di Pagoh, kira-kira jam 2 pagi Oktober 2009.

Ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.
Kamarudin ketika menjatuhkan hukuman berkenaan berkata, selepas mendengar keterangan saksi dan bukti, pihak mahkamah mendapati bahawa pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh dan dia didapati bersalah kerana merogol anak kandungnya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zairani Tugiran, manakala tertuduh diwakili Salmi Hamdan.

PERTUDUHAN

  • Pertama: merogol mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah di kampung berhampiran Lenga, kira-kira jam 8 pagi pertengahan 2007

  • Kedua: didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah rumah di Pagoh, kira-kira jam 8 pagi Ogos 2009.

  • Ketiga: merogol mangsa di rumah sama di Pagoh, kira-kira jam 2 pagi Oktober 2009.

  • Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan.


  • http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm

    No comments:

    Post a Comment