Monday, November 29, 2010

SAMAN KERAJAAN SEBAB BIARKAN PESAKIT MENTAL JADI GUARD DI HOSPITAL...

Pengawal keselamatan hospital tumbuk perut wanita hamil


2010/11/30

MUAR: Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dekat sini, ditahan polis selepas seorang wanita mendakwa suspek menumbuknya dalam lif hospital ketika dibawa menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rawatan sakit bersalin, awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 26 tahun itu dibawa suaminya ke hospital berkenaan sebelum pengawal keselamatan terbabit membantu menolak kerusi roda untuk membawa mangsa ke wad bersalin, sementara menunggu suami mangsa meletakkan kereta di tempat yang dikhaskan untuk pelawat.
Click Here
Bagaimanapun ketika menolak kerusi roda itu, suspek dikatakan menumbuk perut mangsa berulang kali sebelum mangsa dihantar ke wad bersalin.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa yang berusia 33 tahun mengenai dakwaan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an itu bertindak menumbuk perut mangsa berulang kali ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke wad bersalin ketika suami mangsa tiada.

“Suami mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu membuat laporan polis dan susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, suspek akan dirujuk ke Wad Psikiatri HPSF kerana dipercayai menghadapi masalah mental.

No comments:

Post a Comment