Friday, January 28, 2011

patut tumbuk SPINner punca tak langsung...

Bapa pelajar dibunuh lepas geram
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
2011/01/29

 ANGGOTA polis cuba mengawal   Abdul Rahim (kanan)   daripada  memukul  Abang Ibrahim yang dituduh membunuh anaknya ketika  tertuduh dibawa keluar dari  Mahkamah Majistret Kota Samarahan, semalam.
ANGGOTA polis cuba mengawal Abdul Rahim (kanan) daripada memukul Abang Ibrahim yang dituduh membunuh anaknya ketika tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Samarahan, semalam.
Ahli keluarga mangsa tidak dapat kawal perasaan cuba tumbuk tertuduh

KOTA SAMARAHAN: Suasana di pekarangan Pejabat Daerah Kota Samarahan di sini kecoh seketika semalam, apabila bapa pelajar berusia 15 tahun yang dibunuh kejam dan ditanam dalam kejadian di Kampung Sadong Jaya, Asajaya baru-baru ini, tidak dapat mengawal perasaan.
Dia meluru ke arah tertuduh, sebelum cuba menghayunkan tangannya ke arah lelaki itu. Bapa mangsa yang pada mulanya cuba mengawal diri ketika tertuduh di bawa ke mahkamah pada kira-kira jam 9.30 pagi tidak dapat menahan sebak dan cuba menumbuk tertuduh dengan tangannya sebaik tertuduh dibawa keluar pada kira-kira jam 10.15 pagi, selepas kesnya disebut di Mahkamah Majistret di bangunan berkenaan.
Namun, tiga anggota polis yang mengawal tertuduh, berjaya mengawal keadaan, sekali gus mengelak tertuduh daripada dipukul, sebelum membawa tertuduh menaiki sebuah van menuju ke lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Samarahan.

Bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, yang hadir bersama kira-kira 20 ahli keluarga mangsa turut memarahi tertuduh, termasuk menuduh perbuatannya itu sebagai amat kejam dan memalukan.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu, kelihatan hanya tertunduk. Bapa mangsa dan beberapa ahli keluarganya juga tidak dapat menahan sebak, sehingga ada yang mengeluarkan air mata.

Tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 19, didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim juga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera antara jam 1 tengah hari 15 Januari hingga kira-kira jam 7.30 pagi, 17 Januari lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Asajaya dalam Daerah Kota Samarahan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati mandatori oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yin Tinn.

Tiada pengakuan dicatatkan dengan Pegawai Daerah dalam Mahkamah Majistret, Mohd Annie Wahab, mengarahkan sebutan semula kes itu pada satu tarikh yang belum ditetapkan dalam tempoh sebulan.

Dalam kejadian pada 17 Januari lalu, mayat mangsa ditemui ditanam dalam keadaan terduduk dengan kepala berlumuran darah, dalam lubang seluas kira-kira 1.2 meter dan sedalam lebih 0.5 meter di belakang sebuah rumah, di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, Sadong Jaya.

Mangsa dipercayai dipukul di kepala oleh tertuduh dengan kayu, dan hasil bedah siasat mengesahkan kematiannya berpunca daripada kehilangan darah yang banyak akibat kecederaan parah di kepala.

Pertuduhan: KES BUNUH PELAJAR

Abang Ibrahim Abang Ahmad, 19, didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim yang juga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera antara jam
1 tengah hari 15 Januari hingga kira-kira jam 7.30 pagi, 17 Januari lalu.

No comments:

Post a Comment