Saturday, February 12, 2011

VALENTINES BUKAN PUNCA MAKSIAT TAPI ENAKMEN TUH SENDIRI BILA NIKAH DIDAKWA ROGOL PULAK MACAM KES MAT LANGKAWI, SUDIN AJAIB, MALUKAN PASANGAN & ETCS...

Berkasih ada batas

Oleh A’ISYAH SUKAIMI
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Islam tidak pernah menyekat atau menghalang orang ramai untuk menunjukkan kasih sayang tetapi Islam menyekat perbuatan maksiat dan meletakkan batasan kepada penganutnya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak pernah menentang sebarang sambutan yang ingin diraikan masyarakat negara ini, asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.


“Kita kena faham betul-betul apa yang dimaksudkan dengan maksiat. Kalau kita kasihkan seseorang, ia bukan maksiat sebab itu dalam ajaran Islam dan agama lain ada etika yang perlu dipatuhi.

“Kita tidak pernah halang orang yang nak menunjukkan kasih sayang, tetapi mesti ada batasannya. Selain itu, kita juga menerima keraian dari Barat seperti sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu kerana prinsip yang diketengahkan adalah baik.


“Yang kita halang adalah sebarang sambutan yang diadakan bertentangan dengan ajaran Islam, sama ada Barat atau Timur, kita tidak dapat terima sama sekali,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Bicarawara dan Pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day, malam kelmarin.


Program bicarawara itu menampilkan celebriti Fahrin Ahmad sebagai moderator dan tiga ahli panel iaitu juara Imam Muda Astro, Muhammad Asyraf Ridzuan, panel dari Raudatus Sakinah, Rosmawati Zainal dan wakil dari Jakim, Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Lebih 1,000 penonton hadir dalam program berkenaan membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah.


Sementara itu, Wan Muhammad berkata Jakim mahu lebih banyak pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengadakan pelbagai program menepati cita rasa anak muda sebagai satu usaha mengawal mereka daripada terbabit dengan perkara yang menjurus kepada kegiatan maksiat.

Katanya, pihak ini perlu ‘turun padang’ dan melaksanakan pengisian luar dengan bertemu anak muda serta memberi nasihat kepada mereka.


“Negara kita ada undang-undang, jadi cara kawalan dilakukan juga mesti mematuhi undang-undang, manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) juga ada bidang kuasa tertentu.


“Jika cara yang dilakukan mengganggu ketenteraman awam, PBT akan ambil tindakan kerana cara berkawal yang dilakukan itu mengganggu orang lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment