Friday, March 11, 2011

presiden kpksm pulak...

http://kpksm.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=16&Itemid=33

Tangan patah dilibas batu-bata


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) patah tangan kiri dan cedera di dahi apabila diserang dua lelaki dalam kejadian berhampiran rumahnya di Flat Jentayu, Kangkar Pulai, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Ibrahim Ahmad, 55, dilibas dengan batu-bata yang diletakkan dalam bungkusan beg plastik oleh penyerang terbabit.


Ibrahim berkata, ketika kejadian, dia berjalan menuju keretanya berikutan mahu ke rumah anaknya di Taman Anggerik.

“Tiba-tiba saya terlihat kelibat dua lelaki yang meluru ke arah saya dan mengesyaki ada yang tidak kena, saya masuk ke dalam kereta.


“Ketika menghidupkan enjin, tiba-tiba sebuah Proton Waja berhenti di depan kenderaan saya menyebabkan saya gagal melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurut Ibrahim, seorang daripada penyerang terbabit memecahkan cermin keretanya menggunakan batu-bata.

Click Here

Berikutan itu, katanya, dia beralih dari tempat duduk pemandu ke tempat duduk penumpang untuk menyelamatkan diri.


“Bagaimanapun, penyerang terbabit menghayun batu-bata itu menyebabkan tangan kiri saya patah selain luka di dahi.

“Serangan itu berlarutan hampir 10 minit sebelum dua penyerang serta rakan mereka yang menaiki Proton Waja terbabit melarikan diri,” katanya.


Ibrahim yang juga Presiden Kesatuan Kastam Semenanjung Malaysia berkata, dia bersyukur kerana serangan terbabit disedari orang ramai menyebabkan penyerang melarikan diri.


Menurut Ibrahim, dia menghubungi rakan sekerja yang tiba tidak lama kemudian sebelum dihantar ke pusat perubatan berhampiran.


“Sebelum ini kereta Toyota milik saya pernah dibakar Jun lalu sebelum rumah disimbah cat merah dua bulan kemudian,” katanya.


Berikutan serangan hampir meragut nyawanya itu, Ibrahim membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain,” katanya.

http://kpksm.com.my/carta_organisasi.html



No comments:

Post a Comment