Tuesday, June 12, 2012

Jangan dia off then pindah, sudah lah

@mal_israel: Patut staf @jpenerangan wat repot @sprmmalaysia jugak pasal jaga lepaskan penyamun... Nanti perkemaj call makcik ni :-) http://t.co/wQVYYa8v

@mal_israel: Call @JPenerangan KT nanti with @FriendCaller agar tak leh trace... Lol sebab buat baik pun geng @najibrazak tangkap :( http://t.co/b8U4Zl23

Wanita basuh pinggan dalam tandas disamun


KUALA TERENGGANU: “Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya apabila leher dihunus pisau. Ketika itu, saya merayu suspek tidak mencederakan saya,” kata Halimah Awang Chik, 50, yang berdepan detik cemas disamun seorang lelaki ketika membasuh pinggan dalam tandas wanita di sebuah pejabat jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Halimah yang juga pegawai penerangan di Besut bukan saja kerugian hampir RM12,000 apabila gelang tangan emasnya dilarikan suspek, tetapi turut cedera di tangan dan leher akibat terkena pisau digunakan suspek ketika cuba melepaskan diri.


Kejadian itu berlaku ketika mangsa berseorangan membasuh pinggan dalam tandas di tingkat tiga bangunan terbabit selepas makan tengah hari sebelum didatangi seorang lelaki yang memeluknya dari belakang dan menghunus pisau di leher serta mengugut meminta wang.

“Suspek menutup mulut saya menggunakan pita pelekat berwarna hitam apabila saya cuba menjerit mendapatkan pertolongan.


“Pergelutan itu menyebabkan saya luka di belakang leher dan tangan akibat terkena pisau yang dipegang suspek,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu Kuala Terengganu, di sini, selepas membuat laporan kejadian terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi, di sini, semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

@mal_israel: Patut perkemaj call cepat ke berek @pdrmsia andalas & hospital sg buloh gak, @JPenerangan... B4 this sms & twit others http://t.co/kJldz281

No comments:

Post a Comment