Wednesday, October 27, 2010

padan muka? HAHA... P LAGI TEMPAT MAKSIAT!

Tragedi goyang Inul
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Tindakan berani seorang suami yang cuba mempertahankan isterinya daripada dipaksa menari ‘goyang Inul’ oleh sekumpulan lelaki miang berakhir dengan tragedi apabila mangsa sebaliknya dipukul beramai-ramai hingga pengsan di dalam sebuah kelab dangdut, di sini.

Dalam kejadian itu mangsa yang juga kakitangan sebuah syarikat swasta cedera teruk di muka selepas ditumbuk dan dipukul kira-kira enam samseng disko yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menghalang perbuatan suspek yang sengaja menarik isteri mangsa supaya menari bersama.


Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, dalam kejadian 3.45 pagi kelmarin, mangsa berusia 47 tahun bersama isterinya yang berusia 38 tahun sedang berhibur di sebuah kelab dangdut yang terletak di Jalan Raja Laut, di sini.


Menurutnya, isteri mangsa sedang leka berhibur sambil mendengar muzik bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki yang juga pelanggan pusat hiburan terbabit tiba-tiba menarik tangan isteri mangsa mengajak menari di pentas disko dangdut berkenaan.



“Bagaimanapun isteri mangsa enggan memenuhi permintaan lelaki yang dalam keadaan mabuk terbabit. Lebih kurang ajar apabila lelaki berkenaan seolah-olah mengabaikan kewujudan suami wanita terbabit yang berada di sisinya.


“Suspek yang berulang kali cuba memujuk dan merentap tangan isteri mangsa menyebabkan suami wanita terbabit hilang sabar sebelum masuk campur dengan menolak tubuh suspek terbabit,” katanya.


Menurutnya, tindakan mangsa terbabit bagaimanapun disedari lima rakan suspek yang meluru masuk campur dan bertindak menyerang mangsa beramai-ramai.


“Difahamkan mangsa tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya berikutan jumlah suspek yang terlalu ramai selain diserang bertubi-tubi.


“Mangsa disepak dan ditumbuk berulang kali di tubuh dan muka oleh kumpulan penyerang berkenaan selama kira-kira lima minit hingga menyebabkan mangsa cedera teruk dan hampir tidak sedarkan diri,” katanya.


Menurutnya, isteri mangsa hanya mampu menjerit meminta tolong namun tiada sesiapa termasuk pekerja kelab dangdut terbabit yang datang untuk membantu mangsa yang dipukul separuh mati oleh geng mabuk berkenaan. “Bagaimanapun isteri mangsa akhirnya berjaya menarik mangsa keluar dari pusat hiburan berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan segera.


“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, berhubung kes berkenaan pada hari sama,” katanya. Susulan laporan dibuat itu polis segera menjalankan siasatan mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan dan memburu kumpulan penyerang berkenaan.

No comments:

Post a Comment