Friday, December 17, 2010

8 MINIT DAN KAH TANGKAP PENJENAYAH YANG HANYA AMBIK 8 SAAT JER? SILA BINCANG DENGAN PENUH EMOSI! LAWAK JER... GUNA AKAI.

Kurang lapan minit ke lokasi jenayah


2010/12/18
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mensasarkan kurang lapan minit secara purata anggotanya tiba di lokasi kecemasan atau jenayah di ibu negara berbanding 10 minit sebelum ini.

Sasaran itu ditetapkan melalui penggunaan kaedah Kenderaan Peronda Polis (MPV) bermotosikal, mulai semalam yang sekali gus dapat mengelak kesesakan lalu lintas yang teruk di ibu negara terutama di pusat bandar raya. Buat permulaan, 36 motosikal Kawasaki 250cc dari Unit MPV Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mula ditugaskan di kawasan dikenal pasti mengalami kesesakan lalu lintas teruk. Berucap ketika melancarkan kumpulan pertama ‘response team’ MPV Bermotosikal dan laman facebook Polis Kuala Lumpur semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata MPV bermotosikal itu pelengkap bagi membantu kereta peronda sedia ada.

Mengenai facebook berkenaan, beliau berkata, ia bagi membolehkan warga kota menyalurkan sebarang pandangan, komen serta aduan selain memudahkan polis menyampaikan maklumat kepada orang awam.

No comments:

Post a Comment