Friday, September 3, 2010

apa terjadi jika masih ada lori? cakap jer lebih!

4 hari lori dilarang guna jalan raya


2010/09/04
SEREMBAN: Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya selama empat hari sepanjang cuti Aidilfitri bagi mengurang kesesakan dan kemalangan berpunca daripada kenderaan terbabit.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata larangan itu berkuat kuasa Rabu dan Khamis ini, diikuti 18 dan 19 September depan.
Larangan ini dilaksanakan mengikut empat kategori kenderaan, katanya pada sidang media Ops Sikap ke-22 di Terminal One di sini, semalam.
Turut hadir di sidang media itu ialah Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Abdul Rahman Daud; Pengarah JPJ negeri, Mohd Kamal Saad; Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah dan Ketua Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Jackson Vincent Tambang.

Katanya, kategori pertama merangkumi sekatan penuh terhadap lori balak; pengangkut bahan binaan; pembancuh simen dan jentera berat seperti kren; manakala kedua lori kontena atau kargo membawa barang elektrik dan elektronik serta lori sama dari pelabuhan ke lapangan terbang ke tempat yang hanya dibenarkan menggunakan jalan raya dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada hari terbabit.

Kategori ketiga lori pembancuh simen, kren bergerak dan lori angkut batu dan pasir dibenarkan guna jalan sekitar Lembah Klang; Johor Bahru, Georgetown dan Ipoh (6 pagi-6 petang), manakala kategori keempat tidak dikenakan sekatan ialah lori gas dan kimia untuk bekalan perubatan dan industri kimia serta lori kontena dan kargo dari dan ke lapangan terbang, pelabuhan atau gudang.

No comments:

Post a Comment