Monday, September 6, 2010

macam2 taktik kotor untuk jadi kaya...

Taktik baru geng samun



2010/09/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Umpan yang digunakan adalah seorang wanita yang bertindak menghubungi mangsa sebelum berjanji akan bertemu di sesuatu lokasi yang ditetapkan.

Namun semua taktik itu sebenarnya adalah satu tipu muslihat sebelum mangsa disamun sekumpulan lelaki yang dipercayai bersekongkol dengan wanita terbabit.


Terbaru, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an menjadi mangsa apabila dia yang berkenalan dengan seorang wanita melalui panggilan telefon akhirnya hanya mampu berputih mata apabila disamun berhampiran pasar raya di Lembah Maju, Rabu lalu.


Menurut sumber polis, mangsa yang bekerja sebagai pembanci pada mulanya mengenali seorang wanita yang menghubunginya dua hari sebelum kejadian terbabit.


“Sejak dari hari itu, mangsa dan wanita berkenaan saling berhubung melalui telefon bimbit sebelum dia diajak wanita berkenaan bertemu di sebuah pasar raya.


“Wanita berkenaan memberitahu kepada mangsa yang dia ingin bertemu dengan lelaki terbabit kononnya mahu mengenali dengan lebih dekat lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment