Monday, September 6, 2010

so 999 berfungsi tak? lembap... better blank sms to balai terdekat!

Dua pengawal ‘ditawan’ penceroboh sekolah



2010/09/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Pengalaman cemas dan ngeri terpaksa ditempuh dua pengawal keselamatan apabila mereka dijadikan ‘tawanan’ tujuh lelaki bersenjatakan parang serta besi yang menceroboh sebuah sekolah di Ampang, dekat sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang ketika itu bertugas syif malam bersama rakannya dikejutkan dengan kehadiran tujuh ‘tetamu’ terbabit yang kemudian mengikat dan mengurung mereka di pondok pengawal.


Menurut sumber polis, ketika kejadian rakan mangsa meronda di kawasan sekolah terbabit sebelum diserbu tujuh lelaki berkenaan yang dipercayai masuk dengan melompat pagar.


“Kumpulan lelaki terbabit tanpa belas kasihan memukul rakan mangsa hingga menyebabkan dia cedera di mata.


“Mangsa yang melihat kekecohan itu melarikan diri dan cuba bersembunyi dalam kelas dan menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan,” katanya.


Menurutnya, bagaimanapun kumpulan lelaki terbabit sempat melihat mangsa yang ketika itu berlari dan masuk ke kelas berkenaan sebelum mereka menemuinya.


“Mangsa ditangkap dan dipukul kumpulan lelaki terbabit sebelum dia turut diikat mereka dan dibawa ke pondok pengawal.


“Rakan mangsa turut ditempatkan dalam pondok pengawal terbabit dan mereka berdua diikat kumpulan penjenayah terbabit,” katanya.

No comments:

Post a Comment