Monday, September 6, 2010

& tak bertugas walau kononnya bekerja...

Penguat kuasa Jawi tak cuti

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

2010/09/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Cuti panjang Aidilfitri tidak menghalang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menempatkan anggota penguat kuasanya bagi ‘mematahkan’ sebarang usaha pasangan kekasih melakukan kegiatan tidak bermoral.

Malah, beberapa lokasi ‘panas’ termasuk di kawasan flat tertentu dan taman rekreasi di sini yang menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan maksiat bakal dipantau bagi memastikan perbuatan itu dapat dicegah dan pasangan terbabit ditahan untuk dihadapkan ke mahkamah syariah. Sumber Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Putrajaya berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada pasangan kekasih yang menggunakan cuti Aidilfitri yang bermula Jumaat ini untuk membawa pasangan kekasih ke rumah mereka.


Menurutnya, memang kesempatan perayaan itu digunakan pasangan kekasih untuk membawa pasangan secara ‘sah’ ke rumah kononnya bagi mengeratkan silaturahim antara rakan sempena hari yang mulia itu.


“Walaupun cuti Aidilfitri bermula Jumaat hingga Ahad, tetapi penguat kuasa Jawi tetap mempunyai tanggungjawab bagi memastikan kegiatan tidak bermoral yang boleh mencemarkan kemuliaan Aidilfitri dapat ditangani dengan berkesan.


“Jangan ingat penguat kuasa Jawi tidak menjalankan pemantauan walaupun masyarakat Islam sibuk merayakan Aidilfitri,” katanya, semalam.


Beliau berkata, selain pemantauan, Jawi juga berharap mendapat kerjasama daripada orang ramai terutamanya di sekitar Putrajaya bagi menghubungi agensi itu jika mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat di kawasan mereka.


Menurutnya, ibu bapa juga diingatkan supaya memantau pergerakan anak mereka bagi mengelak kejadian tidak dingini yang boleh mencemarkan nama baik keluarga.


“Bukan itu saja, saya juga menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak menggunakan tempoh Aidilfitri itu bagi bertemu kekasih seterusnya melakukan kegiatan tidak bermoral di rumah yang dikunjungi.


“Apa yang pasti, penguat kuasa Jawi sudah mengadakan rancangan dan strategi bagi memantau dan menyerbu (jika ada maklumat) di beberapa lokasi panas di Putrajaya yang menjadi tempat strategik pasangan kekasih melakukan maksiat,” katanya.


Menurutnya, tindakan yang dilakukan itu selari dengan usaha Jawi bagi memastikan Putrajaya bebas daripada kegiatan maksiat tahun ini.

No comments:

Post a Comment