Thursday, July 22, 2010

BAGI GANJARANLAH, DOL... MACAM TIKUS RM1.

Kempen tanggal iklan along kurang sambutan



2010/07/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kempen ‘Jom Tanggal Iklan Tanpa Permit Pemberi Pinjaman Wang’ yang dilancarkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dilihat kurang mendapat sambutan walaupun sudah hampir lima bulan ia dilaksanakan.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainon Zakaria, berkata kempen berkenaan dilaksanakan untuk mengurangkan masalah penampalan iklan pemberi pinjaman wang tanpa lesen di Selangor khasnya di kawasan pentadbiran MBPJ dengan menarik penyertaan orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada MPBJ.


Menurutnya, tidak banyak maklumat yang diterima daripada orang ramai yang mana keadaan itu mungkin disebabkan golongan terbabit kurang menerima pendedahan mengenai kempen yang dilaksanakan bermula 23 Februari lalu.


“Tujuan kita melaksanakan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam bahawa MBPJ bersungguh dalam membasmi masalah ini seterusnya menggalakkan mereka untuk bersama-sama memberikan maklumat mengenai aktiviti along.


“Dengan adanya perkongsian maklumat antara MBPJ, ia dapat mengeratkan perhubungan dua hala antara kedua-dua pihak sekali gus menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya bebas daripada aktiviti along yang menindas dan mengancam orang ramai,” katanya.

No comments:

Post a Comment