Thursday, July 29, 2010

yor kah nih? entah2 penyamaran tak habis2 je lebih! penuntut ipt pun book lah online sama ada maybank2u @ credit card....

Dibelasah ulat tiket
Oleh Muhammad Apendy Issahak

2010/07/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Dua ulat tiket samseng berbadan besar yang geram selepas tawaran tiket yang ditawarkan tidak dilayan menumbuk dan menendang seorang pelajar sebuah universiti swasta di Terminal Bas Sementara, Bukit Jalil di sini, petang kelmarin.
Berikutan itu, mangsa, Wong Ken Boon, 20, lebam dan luka di kening kiri.


Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dia yang baru turun dari LRT di Stesen Bukit Jalil dari Wangsa Maju, berjalan bersendirian untuk pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran terminal berkenaan apabila didatangi dua lelaki menawarkan tiket bas.


“Saya menggunakan LRT setiap hari untuk pulang dari universiti dan banyak kali ditawarkan tiket oleh ulat di sini, namun tidak melayan mereka serta menolak dengan baik,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, dia berkeras tidak mahu membeli tiket dan cuba beredar dari situ, tetapi tiba-tiba seorang daripada ulat terbabit yang bengang menolaknya sebelum menumbuk mukanya.


Katanya, dia cuba mempertahankan diri, namun ditendang hingga jatuh ke jalan raya berhampiran.


“Muka dan baju saya berlumuran darah akibat luka di kening mungkin terkena cincin lelaki terbabit. Ketika kejadian ramai orang di kawasan itu, tetapi tiada siapa yang berani menolong.


“Saya menahan sebuah kereta supaya berhenti dan menolong saya, namun mereka berlalu pergi,” katanya.


Takut dirinya dibelasah lagi, Wong melarikan diri masuk ke kawasan terminal dan orang ramai yang melihatnya berlumuran darah membantu membawanya ke pondok polis berhampiran.


Polis membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PP UKM) untuk mendapatkan rawatan. Selepas dirawat mangsa membuat laporan di pondok polis PPUKM.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kami belum membuat tangkapan berhubung kejadian itu dan menurut laporan mangsa suspek lelaki tempatan.


“Kami akan menyiasat lebih lanjut kes ini dan cuba mengesan kedua-dua suspek. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment