Wednesday, July 28, 2010

polis bermaksiat dengan bini orang?

Penganggur tak mengaku salah cederakan isteri


2010/07/29
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang semalam, atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri dan mencederakan seorang pegawai polis, pada minggu lalu.

Tertuduh, Sheikh Mohd Zaid Sheikh Said, 39, dituduh membaling kerusi kayu kepada Marina Hashim, 33, sehingga menyebabkan kecederaan dan kesalahan itu dilakukan di rumah di Jalan Nirwana 36, Taman Nirwana di sini, jam 7 pagi, pada 21 Julai lalu.
Tertuduh juga menghadapi tuduhan sengaja menendang paha dan kaki kanan Asisten Superintendan, Saheela Abu Bakar di tempat sama, jam 5.40 petang, pada 26 Disember 2009.
Majistret Azaraorni Abdul Rahman memerintahkan tertuduh dijamin RM7,000 bagi kedua-dua tuduhan dan menetapkan 30 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment