Saturday, July 17, 2010

usul akan diwar2kan asap...

MCPF gesa banteras jenayah


2010/07/18
KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa semua lapisan masyarakat khasnya penggubal dasar dan ahli akademik menggembleng usaha bersama pihak berkuasa memerangi jenayah habis-habisan bagi merealisasikan matlamat mengurangkan kadar jenayah itu sehingga ke angka sifar.

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu juga bagi memastikan aspek keselamatan itu dapat dijadikan sebahagian cara hidup generasi hari ini.
“Orang awam perlu diberi kesedaran bahawa tanggungjawab mencegah dan membasmi jenayah juga terletak di bahu mereka.
Click Here
“Kekerapan media massa menyiarkan laporan jenayah sewajarnya menjadi peringatan bukan saja kepada pihak berkuasa bahkan semua lapisan masyarakat untuk mengambil tindakan segera dan berkesan bukan saja mengekang penjenayah tetapi mengesan isu dan punca yang menimbulkan perlakuan jenayah itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Lee turut mengesyorkan kerajaan tampil dengan polisi serta program berkesan menangani jenayah yang disertai beberapa pihak berkepentingan.
“Kita perlu menerima hakikat pihak berkuasa tidak mampu menangani semua kegiatan jenayah tanpa sokongan orang ramai,” katanya.

Beban mereka dapat diringankan sekiranya masyarakat memberi perhatian dan mengikuti sebarang langkah mengelak dan mencegah jenayah disarankan pihak berkuasa,” katanya.
Sejak penubuhannya, MCPF banyak membabitkan diri dengan kempen kesedaran memerangi jenayah yang dianjurkan bersama organisasi prihatin mengenai perkara itu.

Menerusi projek inisiatif bandar dan kejiranan selamat, MCPF berharap dapat menarik seberapa banyak penyertaan orang ramai bagi mendidik, mendedah serta menimbulkan kesedaran kepada mereka mengenai manfaat mengelak dan menangani kejadian jenayah.

No comments:

Post a Comment