Thursday, July 22, 2010

NO PLATE PALSU...

Cabul penunggang motor



2010/07/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Ungkapan gila seks layak buat seorang lelaki apabila dia sanggup mengekori dua gadis yang menunggang motosikal sebelum meramas dada seorang daripada mereka, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa bersama sepupunya sedang menunggang motosikal sebelum mereka dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang juga menunggang motosikal.


Menurut sumber, ketika itu mangsa berselisih dengan lelaki itu sebelum dia secara tiba-tiba berpatah balik dan menunggang motosikal beriringan dengan mereka.


“Geram kerana tegurannya tidak dilayan, lelaki itu tiba-tiba meramas buah dada mangsa,” katanya.


Menurutnya, terkejut dengan tindakan melampau lelaki terbabit, mangsa menjerit dan memarahi lelaki itu sebelum dia yang ketakutan terus memecut motosikalnya.


“Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment