Thursday, July 22, 2010

Dr jadi pengerusi PKMJ?

Disamun ‘pesakit’

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/07/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KLANG: Kumpulan penyamun menggunakan taktik berpura-pura sakit dan mahu mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Jalan Dato Dagang 23, Taman Sentosa, di sini, sebelum menyamun seorang doktor, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, doktor terbabit bersendirian di kliniknya manakala kakitangannya keluar makan tengah hari.


Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada tiga suspek terbabit memasuki premis itu untuk mendapatkan rawatan dan apabila dia yakin tiada pesakit di situ dia menghubungi rakannya dan menyamun mangsa.


Bagaimanapun ‘kejayaan’ penyamun terbabit tidak bertahan lama apabila mereka berjaya diberkas anggota polis yang yang sedang meronda di sekitar kawasan itu sekali gus berjaya menyelesaikan beberapa kes membabitkan kejadian samun di klinik, kedai dan kediaman di sekitar daerah itu.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis tidak menolak kumpulan berkenaan menjadikan klinik yang tidak ramai pesakit sebagai sasaran bagaimanapun polis melipatgandakan usaha untuk membanteras kejadian itu.


“Dalam kejadian itu, suspek yang berpura-pura sakit itu masuk ke dalam dan secara tiba-tiba dua lagi rakannya menyerbu masuk.


“Seorang daripadanya mengacukan pisau ke arah doktor itu manakala seorang lagi mengarahkan mangsa menyerahkan semua barangan berharga. Mangsa menyerahkan telefon bimbit, jam serta wang tunai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Mohamad berkata, suspek tidak sempat melarikan diri apabila polis yang meronda kawasan itu menerima maklumat awam sebelum menyerbu klinik terbabit.


“Hasilnya ketiga-tiga suspek berusia 29, 34 dan 37 tahun berjaya diberkas, manakala doktor berusia 43 tahun tidak cedera.


“Pemeriksaan rekod jenayah mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, pecah rumah dan memiliki barang curi malah seorang daripada mereka pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat,” katanya menambah sebuah motosikal dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu dirampas.


Beliau berkata, suspek direman empat hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment