Thursday, August 26, 2010

BN = Bala Negara 4ever...

Jururawat maut, anak parah


2010/08/27
SEGAMAT: Seorang jururawat maut manakala bayi lelakinya berusia lima bulan parah, apabila Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler, dalam kejadian di Kilometer 162, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Labis, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin itu, Hanasiah Mat Diah, 27, yang bertugas di Muazzam Shah, Pahang, bersama anaknya, Mohamad Aiman Hafiz Baharom, dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Kampung Paya Merah, Labis.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata kemalangan itu menyebabkan kereta yang dipandu mangsa remuk teruk, manakala treler berkenaan turut terjunam ke dalam gaung di tepi jalan dipercayai cuba mengelak daripada merempuh Perodua Viva berkenaan.
Katanya, Hanasiah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala anaknya yang turut cedera parah dengan patah kaki, tangan dan rusuk dihantar ke Hospital Segamat sebelum mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Beliau berkata, pemandu treler itu yang dikenali sebagai Bala Mohan, 47, yang turut cedera di kepala serta tangan dirawat di Hospital Segamat dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan dari arah Segamat gagal mengawal keretanya menyebabkan memasuki arah bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang dalam perjalanan dari arah Labis ke Segamat.

“Rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan Perodua Viva itu remuk teruk, manakala treler itu yang dipercayai cuba menekan brek dan mengelak daripada merempuh kereta berkenaan turut terjatuh ke dalam gaung di tepi jalan berkenaan, " katanya.
Katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat turut dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa dan mangsa yang cedera.

Mayat mangsa dihantar ke hospital yang sama sebelum dituntut oleh anggota keluarganya.

No comments:

Post a Comment