Sunday, August 8, 2010

entah2 cerita ja lebih + aniya indon...

149 pendatang tanpa izin cuba naik pesawat ditahan


2010/08/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KULAIJAYA: Seramai 149 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia yang masuk ke negara ini secara haram ditahan ketika cuba keluar melalui laluan sah dengan menaiki pesawat udara, awal pagi semalam.
Penahan itu dilakukan selepas pihak berkuasa mengesan taktik pendatang terbabit menggunakan pasport palsu, menyalahgunakan permit dan tinggal lebih masa di negara ini ketika bersedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTSI) Sultan Ismail, Senai di sini.


Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Gajendran Bahadur berkata, semua tangkapan itu dilakukan Bahagian Penguat Kuasa imigresen Johor ketika pendatang terbabit cuba melepasi pintu kawalan imigresen.


“Semua pendatang terbabit ditahan ketika cuba melepasi pintu kawalan Imigresen untuk menaiki penerbangan sebuah pesawat sewa khas ke Surabaya, Indonesia.


“Kami yakin pendatang ditahan beranggapan mereka dapat meloloskan diri dengan mudah menggunakan laluan udara berbanding menaiki bot dan sebagainya,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata dalam operasi dijalankan dua pegawai serta enam anggota itu, risikan dilakukan bermula jam 9 malam kelmarin sebelum serbuan jam 12.30 tengah malam.


Daripada jumlah yang ditahan, katanya, 80 wanita dan 11 kanak-kanak manakala selebihnya lelaki.


“Mereka dipercayai dalam perjalanan kembali ke Surabaya bagi membuat persiapan menyambut Ramadan serta Aidilfitri di kampung halaman.


“Kami masih menyiasat bagaimana mereka memalsukan semua dokumen terbabit dan selain cubaan keluar melalui jalan udara,” “Jumlah tangkapan pendatang yang menggunakan laluan udara dalam cubaan untuk keluar semalam yang terbesar direkodkan di Johor tahun ini,” katanya.


Menurut Gajendran, sebelum ini, pihaknya menahan kumpulan pendatang yang turut menggunakan taktik sama, tetapi jumlahnya kecil.

No comments:

Post a Comment