Sunday, August 8, 2010

tak perlu kaji jika tetap jilat bontot bacin jew gak...

'Kaji mereka'
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

2010/08/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat termasuk kaunseling intensif perlu diberikan kepada bapa yang merogol anak kandung bagi memahami mengapa mereka berbuat demikian supaya maklumat dapat digunakan membanteras gejala negatif itu.
Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal berkata, bapa ataupun saudara terdekat yang menjadikan ahli keluarga sendiri pemuas nafsu sebenarnya dalam kategori ‘sakit mental’.


Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, golongan itu sanggup berbuat apa saja untuk memuaskan nafsu masing-masing dan dengan itu kajian mendalam menentukan bentuk hukuman lebih berat perlu dijalankan.


“Bagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan hukuman bunuh seperti yang diutarakan Pengerusi DAP, Karpal Singh. “Ini kerana saya berpendapat hukuman itu ada kebaikan dan keburukannya. Kita bimbang sekiranya hukuman itu diluluskan, perogol mengambil jalan mudah dengan membunuh saja mangsanya,” katanya.


Beliau merujuk laporan muka depan Metro Ahad, semalam, mengenai penderitaan tiga beradik perempuan dikenali sebagai Nana, Mimi dan Meme, berusia antara 11 hingga 14 tahun, yang dijadikan pemuas nafsu ayah kandung sendiri sejak awal tahun ini.


Lelaki berusia 43 tahun dan bekerja sebagai petani itu berpisah dengan isterinya lima tahun lalu, tinggal bersama tiga anak perempuan dan dipercayai merogol mangsa. Kejadian menimpa Mimi dan dua adik perempuannya terbongkar apabila akhbar mendedahkan perangai lelaki itu yang melarikan diri ke hutan selepas perbuatannya didedah.


Bagaimanapun, lelaki itu ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian.

No comments:

Post a Comment